KPKT Anjur Program Semarak Ihya’ Ramadan, Rai 700 Warga Kerja Jabatan dan Agensi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Program Semarak Ihya’ Ramadan KPKT 2023 bertempat di perkarangan bangunan KPKT, semalam.

Hampir 700 orang warga KPKT, jabatan dan agensi serta pengamal media turut diraikan dalam majlis tersebut.

Terdahulu Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri dalam Program Kasih Ramadan KPKT 2023 bertempat di Dewan Kristal, KPKT.

“Program yang dianjurkan oleh KPKT melalui Badan Kebajikan dan Sukan KPKT (KESKEP) ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan penerapan nilai-nilai murni MADANI sempena bulan Ramadan.

“Dalam majlis tersebut, seramai 200 orang penerima terdiri daripada warga KPKT telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul rahmah Aidilfitri daripada KESKEP, YB Menteri KPKT dan YB Timbalan Menteri KPKT,” kata kenyataan media KPKT hari ini.

Sementara itu Nga Kor Ming dalam ucapannya berkata, KPKT sentiasa prihatin bagi memastikan kebajikan warga Kementerian diberi keutamaan.

“Justeru, sumbangan ini diharap mampu mengurangkan sedikit bebanan warga KPKT dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri pada tahun ini.

“Saya juga menyeru agar amalan berlebih-lebihan dalam penyediaan berbuka puasa serta pembaziran makanan perlu dielakkan agar ia tidak berakhir di tapak pelupusan,” katanya.

Program Ihya’ Ramadan ini turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman bin Taib dan barisan pengurusan tertinggi kementerian dan agensi di bawah KPKT.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat