MITRA Buka Permohonan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Tamil Swasta

- Advertisement -

CYBERJAYA – Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuka permohonan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2023.

“Semua Tadika Swasta (Tamil) yang menepati kriteria kelayakan dijemput untuk membuat permohonan secara dalam talian di laman web MITRA Geran 2023 – Permohonan Subsidi Pendidikan Awal MITRA atau melalui pautan rb.gy/jqwe1

“Permohonan yang tidak melalui sistem tidak akan dipertimbangkan,” kata kenyataan media MITRA hari ini.

MITRA JPM turut menyediakan Garis Panduan Permohonan Subsidi Pendidikan Awal MITRA sebagai panduan kepada pengusaha tadika swasta (Tamil) yang ingin mengemukakan permohonan.

Permohonan akan dibuka untuk tempoh masa selama 30 hari bermula pada 17 April 2023, Isnin jam 3.00 petang hingga 16 Mei 2023, Selasa jam 5.00 petang.

Pegawai MITRA boleh dihubungi untuk sebarang maklumat lanjut melalui telefon 03-88866324 atau e-mel [email protected]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat