Zahid Hamidi Nafi Keluarkan Amanat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid bin Hamidi menafikan mengeluarkan amanat yang yang mengecam tingkah laku Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerajaan.

Melalui akaun Facebooknya, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang penulisan ataupun mengizikan mana-mana pihak menulis bagi pihaknya artikel yang dikatakan sebagai “amanat Ahmad Zahid Hamidi untuk semua ahli Umno”.

Semalam tular satu artikel yang dikatakan Amanat Zahid Hamidi yang menyenaraikan pelbagai serangan telah diberikan ke atas Ahli Parlimen Bagan Datuh itu termasuk tindakan Ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah dan kerjasama dalam PRU-15.

“Ingin saya menegaskan bahawa artikel itu tidak ditulis oleh saya mahupun dengan kebenaran saya tetapi dilakukan oleh orang lain yang tidak diketahui individu berkenaan. Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan juga Telegram saya,” tulis Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid sebelum ini turut menafikan rakaman audio yang tersebar adalah perbualan beliau dengan Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat