Penunggang Agama kutip RM2 juta, tayang di Singapura esok

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Filem Penunggang Agama berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh dua minggu ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, sejak 25 Mac lalu.

Filem terbitan dua penerbit besar tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions itu turut mendapat respon positif di media sosial dalam kalangan peminat di negara jiran.

Susulan kejayaan itu, pihak penerbit bakal membawa filem itu untuk ditayangkan di Singapura bermula esok.

Ia menjadikan Penunggang Agama filem pertama yang menembusi pasaran pawagam di luar negara sejak pandemik Covid-19.

Penunggang Agama bakal ditayangkan di pawagam Cathay menerusi lapan lokasi di Singapura seperti AMK Hub, The Cathay, Orchard Cinelesirure, Downtown East, West Mall, JEM, Causeway Point dan Parkway Parade.

Pengarahnya, Syafiq Yusof berkata, filem itu adalah percubaan pertamanya dalam menghasilkan kandungan berunsurkan Islamik dan khas dibuat untuk tayangan di Astro First.

“Alhamdulillah, kerja keras saya bersama kru dan barisan pelakon menerima respon positif daripada penonton dan saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton yang sudah melanggan filem ini di Astro First.

“Saya anggap kejayaan Penunggang Agama adalah sokongan yang diberikan peminat dan penonton untuk saya terus perbaiki dan hasilkan karya mengikut cita rasa penonton.

“Dalam masa sama, saya juga teruja kerana ia juga akan ditayangkan di pawagam negara jiran. Selepas hampir setahun lebih ekoran pandemik Covid-19, banyak filem tidak dapat ditayangkan di pawagam.

“Saya harap selepas kehadiran filem ini di Singapura, ia akan dibawa pula ke pawagam tempatan, sekali gus mampu menaikkan lagi keterujaan penonton untuk kembali menikmati pengalaman menonton di pawagam,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Penunggang Agama berjaya berada di dalam Top 10 filem yang meraih kutipan tertinggi di Astro First sepanjang masa pada hari ke 18 tayangan.

“Saya mewakili pihak penerbit ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton atas sokongan terhadap filem ini di platform Malaysia’s Largest Home Cinema, Astro First.

“Atas kejayaan luar biasa ini, pihak penerbit berasakan ini adalah masa yang tepat untuk membawa filem ini ke Singapura dan ditayangkan melalui lapan pawagam. Kami juga ada membuat perancangan untuk membawa karya ini di pawagam tanah air bagi memberi peluang penonton merasai sinematik yang berbeza,” katanya.

Raja Jastina berkata, pihaknya berharap filem ini akan menjadi pembuka ruang untuk filem tempatan yang lain turut ditayangkan di Singapura selepas setahun lebih filem tempatan tidak dapat ditayangkan di pawagam negara itu.

Penunggang Agama menampilkan lakonan mantap Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Azira Shafinaz, Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali dan Datuk Jalaludin Hassan.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat