Skim Harga Maksima PKP Kawal Harga 12 Barangan Asas Bermula Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum PKP yang akan bermula 15 hingga 28 April 2020 kelak.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, skim itu bertujuan mengawal harga 12 barangan keperluan asas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini.

“Kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat mengenai sikap sesetengah peniaga yang tidak bertanggunjawab menaikkan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya.

“Justeru, kerajaan akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum PKP bermula esok 15 April 2020 sehingga 28 April 2020 yang akan memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal seperti ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, perincian mekanisme Skim Harga Maksimum PKP akan diumum oleh KPDNHEP.

Sepanjang PKP ini, tambah beliau, KPDNHEP bertanggungjawab memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian.

Antara barangan yang dipantau termasuk barang makan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih.

Selain itu, barangan segar seperti ayam, sayur-sayuran, telur, bawang dan susu segar selain barang kebersihan dan kesihatan seperti cecair nyah kuman, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa turut dipantau.

Semalam, KPDNHEP, kata Ismail, telah membuat pemantaun harian di 1,133 premis peniagaan termasuk peruncit (844), pemborong (260) dan pengilang (29).

Jelasnya, hasil pemeriksaan itu mendapati bekalan makanan dan keperluan asas harian mencukupi dan tiada sebab untuk orang awam membuat pembelian panik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,559FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat