Kerajaan PN Jangan Sering Buat ‘U-Turn’ Kata Najib

- Advertisement -

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menegur kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar tidak melakukan beberapa perkara, dengan mengaitkannya dengan kerajaan PH sebelum ini.

Antaranya ialah tidak menggunakan saluran rasmi kerajaan, termasuk laman Facebook, untuk tujuan ‘troll’ dan propaganda.

“Jangan jadi macam rejim ‘gagalkrasi’ PH. Jangan sering buat u-turn.

“Jangan gunakan saluran rasmi kerajaan termasuk laman Facebook untuk troll atau bermain propaganda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Teguran lain Najib adalah agar kerajaan sekarang tidak kedekut untuk membantu rakyat serta menghina rakyat dan penjawat awam.

Kenyataan itu tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, tetapi dibuat sehari selepas akaun rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) menyiarkan pujian Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam menangani krisis wabak Covid-19 dan secara tidak langsung membandingkannya dengan pentadbiran PH.

“Menteri kesihatan zaman PN tak banyak cakap, tak banyak cerita. Awalan hari pertama masuk kerja terus sekat pelancong Iran, Itali dan Korea.

“Terus memastikan hubungan baik dengan China bersama Kementerian Luar bagi membantu bekalan sumbangan peralatan di Malaysia.

“So nampak tak beza? …Apa yang penting ada “sense of urgency”. Bukannya blurr,” kata hantaran itu.

Hantaran itu telah dipadam tidak lama kemudian selepas mengundang reaksi negatif, tetapi tangkap layarnya terus tular di laman sosial itu.

Hantaran itu olahan daripada kenyataan asal yang disiarkan di halaman Facebook ‘Friends of Dr Adham Baba’ semalam.

Hantaran asal itu turut mengkritik “menteri kesihatan zaman Pakatan Harapan”, dipercayai merujuk kepada Dr Dzulkefly Ahmad.

Pegawai komunikasi KKM memberitahu media menerusi Whatsapp bahawa hantaran itu disebabkan kesilapan teknikal ekoran “kesilapan log masuk”.

Bagaimanapun, tangkap layar perbualan dalam kumpulan Whatsaap yang mendakwa hantaran itu dibuat atas arahan seorang pegawai kanan Adham, telah disebarkan.

KKM setakat ini tidak memberi respons terhadap soalan berkenaan perkara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat