Lesap RM63,465 Selepas Kongsi Maklumat Perbankan Di Laman Web Palsu BNM

72 Jam Duduk Bersama 72 Ular Berbisa

NEW DELHI: Ahli herpetologi India, Neelam Kumar Khaire berjaya membuktikan teori bahawa ular hanya akan menyerang manusia apabila diprovokasi. Portal Oddity Central melaporkan lelaki itu...

Peniaga Ubah Strategi Promosi Jualan Makanan Pastikan Perniagaan Bertahan

MELAKA: Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka yang lazimnya meriah dengan pengunjung untuk menikmati sajian ikonik seperti 'Asam Pedas' serta pelbagai...

Kesihatan, Ekonomi Antara Enam Kluster Utama Pastikan Pengurusan Darurat Berjalan Lancar

PUTRAJAYA - Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat pada Sabtu. Ketua...

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Istiqamah Fokus Keperluan Rakyat – Wan Saiful

KUALA LUMPUR - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan kerajaan yang istiqamah untuk memfokus kepada keperluan rakyat, kata Ketua Penerangan Bersatu...

Penafian Berita Palsu – KKMM

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan...

KUANTAN – Seorang perunding sebuah hospital di sini hilang RM63,465 daripada akaun simpanannya selepas berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM), menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 60 tahun itu mendakwa dia hanya menyedari kehilangan wang itu semalam, iaitu dua hari selepas berurusan dengan tiga lelaki kononnya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Katanya, lelaki itu dalam laporan polis dibuatnya menyatakan dia dihubungi suspek pertama pada Sabtu lepas, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM Putrajaya bagi menyiasat kegagalannya membayar cukai pendapatan sebuah syarikat perabot yang kononnya didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa menegaskan dia tidak pernah membuka syarikat yang dikatakan beralamat di Perak menyebabkan suspek pertama memindahkan talian kepada suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis berpangkat sarjan.

“Suspek kedua mendakwa nama mangsa dikaitkan dengan kes dadah yang kononnya siasatan dilakukan oleh pegawai polis bergelar Datuk, menyebabkan talian disambungkan kepada suspek ketiga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang mendakwa keliru dengan dakwaan tersebut telah dinasihatkan oleh ‘Datuk’ itu untuk membuka pautan ke laman web yang dikatakan milik BNM dan mengisi maklumat seperti diminta kononnya bagi tujuan siasatan.

Katanya, menurut mangsa, dia telah memasukkan semua maklumat peribadi berkaitan dua akaun banknya dan hanya membuat semakan baki secara dalam talian petang semalam, yang ‘mendedahkan’ beberapa transaksi pemindahan wang yang tidak dilakukannya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Kesihatan, Ekonomi Antara Enam Kluster Utama Pastikan Pengurusan Darurat Berjalan Lancar

PUTRAJAYA - Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat pada Sabtu. Ketua...

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Istiqamah Fokus Keperluan Rakyat – Wan Saiful

KUALA LUMPUR - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan kerajaan yang istiqamah untuk memfokus kepada keperluan rakyat, kata Ketua Penerangan Bersatu...

Penafian Berita Palsu – KKMM

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan...