Tuan, boleh bantu baiki aircond? MARA lulus RM50 ribu buat MRSM Batu Pahat – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Amanah Rakyat (MARA) meluluskan peruntukan RM50,000 kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat Johor bagi tujuan membaik pulih kemudahan pendingin hawa di surau sekolah tersebut.

Peruntukan itu diumumkan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika kunjungan beliau ke sekolah itu.

Asyraf berkongsi permintaan itu disuarakan oleh seorang pelajar tingkatan 2 yang berani menyapa beliau dan membaut permohonan terus berkenaan.

“Tuan, boleh tak kalau Tuan bantu untuk baiki aircond di surau MRSM Batu Pahat ni. Panas sangat kami nak solat!”.

“Bagus betul seorang pelajar tingkatan 2 yang berani menyapa saya dan memohon bagi pihak kawan-kawannya untuk diluluskan permohonan tambah baik pendingin udara di surau ketika saya melawat MRSM Batu Pahat sebentar tadi.

“Saya terus panggil Setiausaha Majlis MARA yang bersama saya dalam lawatan ini dan meluluskan RM50 ribu peruntukan untuk tujuan tersebut,” kongsi Asyraf di Facebooknya pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut merakam ucapan tahniah kepada pelajar baharu MRSM berkenaan.

“Tahniah juga kepada semua 125 pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang berjaya masuk ke MRSM Batu Pahat tahun ini.

“Saya dimaklumkan kehadiran dan penerimaan tawaran masuk 100 peratus,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat