Syed Saddiq dakwa Muar belum dapat peruntukan, kerajaan sangkal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Parlimen Muar belum menerima sebarang peruntukan meskipun sudah tiga kali beliau berunding dengan Timbalan Perdana Menteri.

Hal demikian, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan isu berkenaan.

Perkara itu terkandung dalam pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat seperti disiarkan di laman web Parlimen.

Dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan dibangkitkan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata lebih RM300 juta disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Parlimen Muar.

“Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat (YB), di bawah Rolling Plan 4, Tahun 2024, sebanyak 40 projek daripada pelbagai kementerian telah diluluskan oleh kementerian Kewangan dengan peruntukan RM316,530,700 di salurkan untuk kawasan Muar, Johor.

“Peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai tambahan dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.

“Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini mestilah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat