SPRM panggil ahli perniagaan Singapura bantu siasatan kes berprofil tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes individu berprofil tinggi di negara ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.

Menurutnya, ahli perniagaan terbabit turut diperintahkan untuk mengisytiharkan harta dan pegangan kewangan keluarganya.

“Lebih ramai individu akan dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan ahli perniagaan dan pemaju hartanah Akbar Khan disiasat SPRM berkait kes bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Portal berita CNA memetik sumber SPRM dan peguam berkaitan melaporkan, pemegang saham utama BRDB Developments Sdn Bhd itu ditahan sementara untuk disoal siasat minggu lalu selepas rumah dan syarikatnya di Kuala Lumpur diserbu.

CNA turut melaporkan, SPRM membekukan akaun peribadi dan perniagaannya serta mengarahkannya mengisytiharkan aset dan pegangan kewangan keluarganya.

Akbar turut dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat lagi bersama bekas sekutu rapatnya dalam masa terdekat. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat