Pemuda PAS Kedah Lapor Polis Berkaitan Isu Titah Sultan Disediakan Kerajaan Negeri

- Advertisement -

ALOR SETAR – Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis berhubung satu video rakaman secara langsung melibatkan beberapa individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang mendakwa titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah disediakan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nasrun Othman berkata, pihaknya mendapati Asmirul mendakwa titah Sultan Kedah adalah kenyataan yang disediakan pihak Menteri Besar Kedah.

Beliau menyifatkan, kenyataan tersebut merupakan satu fitnah, penghinaan kepada Institusi Diraja dan bersifat hasutan yang berniat buruk terhadap Institusi Diraja Negeri Kedah dan kerajaan negeri Kedah.

“Pihak kami menyedari perkara ini selepas melayari aplikasi sosial Tik Tok berhubung paparan satu video rakaman secara langsung tentang dakwaan itu kira-kira jam 10.20 malam pada 12 Mac lepas.

“Susulan itu, laporan polis dibuat supaya polis menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Pemuda Negeri Kedah merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid menggesa agar pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kenyataan itu.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegur Asmirul kerana didakwa membuat tuduhan seolah-olah titah Sultan Kedah ketika merasmikan Pembukaan Sidang DUN Kedah ke-14 pada Ahad disediakan kerajaan negeri.

Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri membuat teguran tersebut sebelum membawa usul ucapan menjunjung kasih terhadap Sultan Kedah atas perkenan baginda menyampaikan titah tersebut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat