Empat Negara ‘Berebut’ Kejayaan Michelle Yeoh

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh pada acara Oscar 2023 baru-baru ini nampaknya masih menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Perbincangan itu bukan sahaja melibatkan perjalanan karier pelakon itu, malah turut menyebut tentang asal-usul pelakon kelahiran Perak berkenaan.

Semalam, kecoh apabila Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong, Kevin Yeung menyatakan Michelle merupakan warga Hong Kong semasa mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Tinjauan di media sosial mendapati, kejayaan Michelle turut menjadi kebanggaan anak-anak kelahiran negeri Perak di media sosial apabila ramai antara mereka menekankan di mana negeri kelahiran beliau.

Selain itu, seorang wakil media gabungan China dikenali sebagai Hu Xijin turut menerima kecaman daripada pengguna media sosial apabila membuat satu ciapan yang mengaitkan kemenangan Michelle dengan keturunannya sebagai seorang berbangsa Cina.

“Tahniah kepada Michelle Yeoh! Sangat gembira untuknya. China meningkat, dan Asia meningkat. Rakyat berketurunan Cina dan Asia pastinya akan mendapat lebih perhatian, tatapan dan penghormatan di seluruh dunia,” ciapnya.

Sementara itu, sebuah portal Australia turut tidak mahu ketinggalan apabila memuat naik sebuah artikel mengenai kaitan rapat antara Michelle dan negara berkenaan apabila beliau pernah memenangi pertandingan ratu cantik di festival Moomba Melbourne.

Terdahulu, Michelle melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).

Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat itu, Michelle merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Sejak kemenangan itu juga, nama Michelle turut menjadi ‘trending’ di laman Twitter apabila lebih 100,000 ciapan dibuat menggunakan nama beliau . – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat