PMB Investment Terima Anugerah Refinitiv Lipper Fund 2023

- Advertisement -

CYBERJAYA – PMB Investment Berhad, sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, menerima tiga anugerah dalam tiga kategori dana unit amanah patuh syariah terbaik Malaysia pada majlis Anugerah Refinitiv Lipper Fund 2023 (Refinitiv Lipper Fund Awards 2023) hari ini.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Mahdzir Othman menzahirkan perasaan amat berbesar hati dan bersyukur atas kejayaan PMB Investment memenangi dua anugerah untuk dua daripada dana tersebut.

“Selain itu, pengiktirafan sebagai ‘Best Equity Group – Malaysia Provident Funds’ adalah satu lagi pencapaian yang membanggakan dalam tempoh pandemik yang memberi tekanan dan ketidakstabilan kepada sosial, ekonomi dan politik,” katanya.

Dana tersebut, PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF) memenangi Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2023 untuk kategori ‘Mixed Asset MYR Flexible Best Fund’ bagi tempoh lebih lima (5) tahun berakhir 31 Disember 2022.

Seterusnya, PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF) pula memenangi anugerah untuk kategori ‘Equity Malaysia Diversified Best Fund’ bagi tempoh tiga (3) dan lima (5) tahun berakhir 31 Disember 2022.

Mengulas lanjut atas kemenangan ini, Mahdzir berkata, “kami akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan yang diamanahkan oleh pelabur kami dengan memberikan prestasi konsisten dan penyelesaian pelaburan yang dapat memanfaatkan setiap peluang dalam semua keadaan pasaran.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada badan pemberi anugerah atas pengiktirafan yang diberikan kepada PMB Investment Berhad.

“Anugerah Refinitiv Lipper adalah pengiktirafan berasaskan merit terhadap usaha kami untuk terus memberi nilai kepada pelabur kami melalui produk dan perkhidmatan terbaik,” katanya.

PMB Shariah Tactical Fund merekodkan pulangan 16% untuk tempoh lima (5) tahun berakhir pada 31 Disember 2022.

Manakala, PMB Shariah Equity Fund mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila memberi pulangan sebanyak 95% untuk tempoh tiga (3) tahun dan 89% untuk tempoh lima (5) tahun, masingmasing berakhir pada 31 Disember 2022.

Jelas Mahani lagi, “Pelabur secara semula jadi mencari dana dengan prestasi yang kukuh. PMB Shariah Equity Fund mengekalkan prestasinya sepanjang masa mencabar ini dan terus mencatatkan pulangan 29% untuk satu (1) tahun bagi prestasi berakhir 28 Februari 2023 manakala PMB Shariah Tactical Fund mencatatkan 10% pulangan untuk tempoh yang sama.”

PMB Investment, sebuah syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC) yang menguruskan 19 dana unit amanah, dua (2) dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat