Rabies Di Sarawak Ragut Dua Lagi Nyawa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua individu menjadi mangsa terbaharu jangkitan rabies di Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 52 dan 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu serta Hopsital Umum Sarawak (HUS)

Jelasnya, kedua-dua kes itu merupakan dua kes pertama positif rabies dalam kalangan manusia di Malaysia untuk tahun ini.

“Pertambahan dua kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017 adalah 33 kes.

“Daripada jumlah itu, 31 kematian direkodkan. Hanya dua kes sahaja yang masih hidup masing-masing kanak-kanak dengan sejarah mendapatkan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dr Noor Hisham menjelaskan, bagi kes pertama adalah seorang lelaki berusia 52 tahun tidak mempunyai sejarah digigit atau dicakar anjing tetapi pernah menangkap serta membunuh haiwan itu tanpa menyerahkan bangkai ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk siasatan.

Bagaimanapun katanya, pada 31 Januari lalu, kes telah mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad Hospital Sibu kerana mengalami gejala sakit dada, kebas di tangan, muntah serta sesak nafas.

“Keadaan kesihatannya merosot hingga memerlukan bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia pada 8 Februari lalu akibat jangkitan rabies,” katanya.

Jelas Dr Noor Hisham, bagi kes kedua pula melibatkan individu berusia 54 tahun yang dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas mengalami lenguh di kaki, badan, demam dan tiada selera makan.

Berdasarkan sejarah kata beliau, kes pernah digigit anjing peliharannya pada 26 Disember di dada kanan semasa mengendalikan anjing tersebut.

“Keadaan kesihatannya juga merosot dan dilaporkan meninggal dunia di HUS pada 7 Mac akibat jangkitan rabies,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya dan Jabatan Kesihatan Sarawak akan terus memantau situasi rabies di Sarawak.

Semua rakyat Sarawak juga dipohon untuk mematuhi semua nasihat serta arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat