DAP ingin bertanding 8 kerusi parlimen, 20 DUN di Perak

- Advertisement -

IPOH: DAP Perak meluahkan hasrat untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) di negeri itu, mengenai pengagihan kerusi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertembungan kerusi kelak.

“Saya dengan sukacita mencadangkan dan akan membincangkan dengan rakan-rakan kita dengan Asmuni (Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Asmuni Awi) dan Farhash (Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak) supaya DAP diberikan ruang dan peluang untuk membantu PH memenangi semula DUN dan menuju ke Putrajaya.

“Kita mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan, tetapi demi menghormati rakan-rakan seperjuangan yang lain, saya cuba merayu dan memohon, supaya Majlis Presiden Pakatan Harapan merestui hasrat kita supaya dapat membantu kembali mengambil semula pimpinan kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-19 yang dirasmikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini, hari ini.

Pada PRU-14, DAP memenangi kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi parti itu iaitu tujuh kerusi Parlimen dan 18 DUN.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam, kedua-duanya dari DAP, keluar dari parti itu Mac lalu kini menyertai BERSATU.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat