Ordinan Darurat Untuk Bendung Golongan “Ekstremis”

- Advertisement -

KOTA BHARU, 14 Mac  — Penguatkuasaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 adalah perlu bagi membendung golongan “ekstremis” daripada terus menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 dan Proklamasi Darurat, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Menurutnya penyebaran berita palsu yang berterusan oleh golongan tersebut mampu memberi kesan dan mempengaruhi masyarakat.

“… oleh itu tindakan ini perlu dikawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menyantuni 45 Peniaga Kecil Terjejas Pandemik COVID-19 di Tanjong Chat, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati masyarakat agar memahami terlebih dahulu maklumat yang diterima melalui media sosial sebelum bertindak menyebarkannya, sekali gus mengelakkan tindakan menurut ordinan berkenaan.

Sementara itu,  Mohamed Farid yang juga Ketua Bersatu Kota Bharu, berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac tahun lepas, sebanyak 1,050 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan terkesan di kawasan Parlimen Kota Bharu.

“Mereka meliputi peniaga kecil, pemandu kereta sewa, pengayuh beca serta golongan B40 yang tidak bekerja,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat