Dakwaan Pengundi Hantu, Konvensyen DAP Perak Kecoh

IPOH: Suasana di sekitar Konvensyen DAP negeri Perak hari ini kecoh apabila timbul dakwaan berlaku penipuan jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi ahli jawatankuasa DAP negeri.

Kekecohan itu berlaku di luar dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini, sejurus berakhir ucapan alu-aluan daripada Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Difahamkan dakwaan itu timbul apabila kumpulan dipercayai memihak Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran mengatakan pihak penganjur terus membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa yang ditetapkan.

Menurut salah seorang jurucakap dari kumpulan Kula dan Thomas Su yang enggan dikenali, pendaftaran perwakilan yang akan mengundi itu sepatutnya hanya dibenarkan sehingga pukul 11.30 pagi.

“Apa yang menghairankan apabila pendaftaran terus dibuka sehingga melepasi jam 12 tengah hari.

“Kami percaya ini merupakan satu penipuan dan taktik untuk membenarkan lebih ramai perwakilan mengundi. Kami percaya wujud ‘pengundi hantu’ pada pemilihan kali ini,” katanya.
Konvensyen kali ini menyaksikan penentangan secara terbuka terhadap kepimpinan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Perak oleh gandingan Kula dan Thomas Su.

Terdahulu, kumpulan tersebut melaungkan perkataan “penipu” dan “letak jawatan” sebelum petugas keselamatan berjaya mengawal kekecohan.

-ASTRO AWANI

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...