KKDW peruntuk RM 1.7 juta untuk Program Pendigitalan Usahawan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM 1.7 juta ringgit untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan seramai 1,000 usahawan mendigitalkan perniagaan mereka.

Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Sri Ramlan Harun berkata inisiatif melalui platform Desamall adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB).

“Ia melibatkan Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce).

“Modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.

“Kita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan,”katanya pada majlis perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 1/2023 di Putrajaya hari ini.

Jelasnya lagi, program ini telah diperkenalkan pada tahun 2022 dan sebanyak 3 siri program dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah yang memanfaatkan seramai 706 usahawan di bawah program pendigitalan usahawan ini.

“Sehingga 31 Disember 2022, jumlah jualan terkumpul melalui program Desamall adalah sebanyak RM5.169 juta dan Stock Keeping Unit (SKU) sebanyak 28,255 di semua platform eDagang.

“Manakala, seramai 4,070 usahawan desa menyertai program Desamall dan memasarkan produk secara dalam talian di platform e-Dagang,” katanya.

Tambah beliau, KKDW melalui program Desamall sentiasa progresif memanfaatkan teknologi bagi memastikan inisiatif ini terus kekal relevan serta lestari bagi memenuhi keperluan usahawan terutamanya di luar bandar.

“Secara am, kuasa digital mencetus fenomena baharu keusahawanan. Kemahiran berniaga dalam memasarkan produk dan perkhidmatan secara talian melalui platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Youbeli memberi ruang untuk usahawan meneroka lebih jauh,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat