Proses Kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen Perlu Dipercepatkan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata proses mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen perlu dipercepatkan bagi memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif.

Anwar berkata usaha transformasi Parlimen itu juga penting bagi mengekalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

“Ia harus dipercepatkan, Peguam Negara sudah maklum (draf undang-undang), ada perkara yang sedang diteliti dan perlu dicerakinkan agar tidak ada sebarang masalah apabila kita bentangkan nanti,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, namun ia telah dimansuhkan pada 1992. Akta ini membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaannya.

Sementara itu, Anwar mengingatkan Ahli Parlimen supaya sentiasa menitikberatkan soal akhlak walaupun berbeza pandangan ketika sedang berbahas di dalam Parlimen.

“Boleh berhujah, boleh berbeda pendapat, tetapi tak perlu biadap dan kasar, tidak ada agama yang tidak bicara soal nilai, soal akhlak tidak harus dikesampingkan dalam kita bicara soal pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata isu sekolah daif yang memerlukan peruntukan segera dan menangani miskin tegar menjadi antara fokus yang diberikan perhatian dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat