Zuraida tak terima notis dari Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Zuraida Kamaruddin memaklumkan tidak menerima sebarang notis rasmi daripada kepimpinan Bersatu mengenai kedudukannya dalam parti itu.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu memaklumkan baru pulang dari Iran dan belum menerima sebarang perkembangan mengenainya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan sehingga kini, belum terima sebarang notis rasmi daripada parti (Bersatu).

“Saya baru balik dari Iran,” katanya ketika ditanya mengenai kedudukannya dalam Bersatu,” kata Ahli Parlimen Ampang itu memetik BH.

Sebelum ini, desas-desus menyebut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada April ini.

Tindakan Zuraida keluar parti April depan dikatakan mengambil kira jangkaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membentangkan rang undang-undang antilompat parti ketika itu.

Dalam perkembangan lain, Zuraida melihat keputusan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PBM bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai amalan demokrasi sihat.

“Saya percaya parti itu mahu berkhidmat untuk negara dan sebagai negara demokrasi, kita patut mengalu-alukan mereka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat