Trump Bebas Pertuduhan Hasut Pemberontakan

- Advertisement -

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) semalam membebaskan Donald Trump daripada pertuduhan menghasut pemberontakan dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua dihadapi bekas Presiden itu.

Keputusan itu sekali gus menamatkan usaha Demokrat untuk mempertanggungjawabkan Trump atas kejadian rusuhan maut di Capitol AS, 6 Januari lalu.

Perbicaraan selama lima hari itu berakhir dengan hasil pengundian 57-43, iaitu majoriti tidak mencukupi untuk mensabitkan Trump.

Keputusan itu menyaksikan tujuh anggota Republikan turut menyertai kesemua 50 ahli Demokrat untuk menyokong Trump disabitkan dengan kesalahan berkenaan.

Bagaimanapun, majoriti diperoleh tidak mencukupi berikutan undi dua per tiga daripada jumlah 100 anggota dewan atau 67 senator diperlukan bagi sabitan, yang akhirnya membawa kepada pembebasan Trump.

Dalam perbicaraan pendakwaan bersejarah terhadap Trump itu, senator untuk julung kalinya bukan hanya bertindak sebagai juri tetapi juga saksi.

Sementara itu, Trump dalam satu kenyataan dikeluarkan sejurus keputusan Senat terbabit pula berkata, gerakan politik beliau ‘baru saja bermula’.

“Gerakan kita yang bersejarah, patriotik dan indah untuk menjadikan Amerika hebat sekali lagi baru saja bermula.

“Pada bulan-bulan mendatang, saya ada banyak untuk dikongsikan dengan anda, dan saya mahu meneruskan perjalanan luar biasa kita bersama-sama demi mencapai kehebatan Amerika bagi seluruh rakyat.

“Kita ada begitu banyak kerja sedang menanti. Tidak lama lagi, kita akan muncul dengan visi masa depan Amerika yang cerah, bersinar dan tanpa batas,” katanya.

Trump turut mengecam perbicaraan pendakwaan kali kedua berkenaan dengan menegaskan tiada Presiden pernah melalui perkara seumpama itu. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat