Shuk masih digantung tugas!

Kuala Lumpur: Pihak pengurusan Ripple masih lagi menggantung sementara perkhidmatan pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar, 35, yang berkuat kuasa serta-merta sejak 25 Januari lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan,  pihak pengurusan stesen itu mengesahkan bahawa isu peribadi berkaitan Shuk yang bertugas di Hot FM masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

“Perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM masih lagi digantung buat sementara susulan isu peribadinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini. Pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Terdahulu, perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu peribadi membabitkannya.

Sekitar Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan berani.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di Instagram, Sera mendedahkan Shuk masih lagi curang bersama wanita lain yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik dan berjaya memujuk semula isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Untuk rekod, Shuk dan isteri, Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, kini berumur setahun.

Harian Metro

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

‘Epik fantasi’ nukilan ramayan

HAMPIR empat tahun bertapa menyepikan diri, kumpulan Neo-Psikedelik Malaya, Ramayan akhirnya tampil bersama album penuh baharu yang bertemakan 'epik fantasi' berjudul Di Persiaran Cakrawala. Album...

Rina Gunawan meninggal dunia

Jakarta: Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala...

Dah boleh tengok wayang

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)...