‘Saya harap dapat punya lebih banyak waktu dengannya’

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari atau BCL sebelum ini berkata, tidak pernah sehari pun dirinya tidak merindui suami, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari, tahun lalu.

Terbaharu BCL dalam pendedahan di saluran YouTube miliknya mengakui, pengalaman yang panjang sebagai pelakon tidak dapat memastikan dia kuat berdepan kehilangan paling besar dalam hidupnya itu.

“Saya tidak mampu mengingati apa yang terjadi selama seminggu pertama sejak pemergian Ashraf. Malah, saya juga tidak boleh menangis kerana tak percaya akan kehilangannya begitu cepat. Hingga kini, saya juga masih cuba mencubit-cubit diri sendiri kerana berasa seakan masih dalam mimpi,” katanya.

Menurut BCL lagi, selepas beberapa hari, barulah dia menyedari kematian suaminya itu adalah kenyataan dan dia perlu menerimanya dengan hati yang reda.

“Saya termenung beberapa hari dan selepas itu meminta bantuan pakar penyembuhan holistik, Reza Gunawan, untuk datang ke rumah. Saya kata padanya, hanya mahu Ashraf okay dan nginTuhan jaga dia kerana saya sudah tidak dapat menjaganya,” ujarnya.

BCL turut mengungkap rasa kesal terbesarnya selepas pemergian Ashraf dan mengakui patut memiliki lebih banyak waktu dengan arwah suaminya itu berbanding terlalu sibuk dengan kerja.

“Saya berharap dapat mempunyai lebih banyak waktu dengannya kalau tahu mengenai (perkara ini). Tapi, tiada siapa yang tahu kecuali Allah,” katanya.

Kenangan terakhirnya bersama arwah Ashraf ialah ketika BCL baru pulang menjadi juri di Indonesian Idol X. Akuinya, dia tidak dapat tidur selama beberapa bulan selepas pemergian Ashraf.

“Saya hanya tidur tiga jam, namun syukur kerana tidak berasa letih. Saya tidur di bilik kami bersama ibu dan Noah.

“Salah satu alasan saya tidak boleh tidur selama beberapa bulan selepas kematian Ashraf ialah setiap beberapa minit dan setengah jam, saya akan ‘check’ mereka sama ada masih bernafas atau tidak,” katanya.

Tidak ketinggalan, BCL turut berkongsi perasaan pertama kali meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 22 Mac tahun lalu, tanpa Ashraf di sisi

“Rakan-rakan rapat pun tidak dapat datang meraikannya kerana situasi pandemik. Namun, saya rasa beruntung mempunyai keluarga yang menjadi pengganti rakanrapat yang sentiasa di sisi ketika itu.

BCL juga berkata, agak sukar buatnya untuk mencari lelaki yang mempunyai persamaan dengan Allahyarham suaminya yang hidup bersama selama 12 tahun terindah itu.

“Ia bukanlah untuk saya tetapi untuk mendampingi buah hati saya, Noah. Ia untuk mengajarkan Noah perkara yang tidak mampu saya ajarkan. Ia mengenai perkara yang sudah direnggut dan tidak sempat Noah rasai,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat