ASUS ROG Phone 5 tertiris

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Tahun lalu, ASUS melancarkan siri telefon pintar kelas permainan miliknya yang mendapat sambutan memberangsangkan terutamanya dalam kalangan ‘kaki games’ mudah alih.

Kini, wujud khabar angin bahawa spesifikasi untuk generasi terbaru ROG Phone tertiris dengan padanan memori (RAM) 16GB.

Berdasarkan maklumat tertiris, untuk perisian penanda aras Geekbench 5 mencatatkan skor untuk kepenggunaan teras tunggal sebanyak 1,131 manakala untuk bacaan pelbagai teras 3,729 mata.

Jika dibandingkan dengan dua prestasi itu, ia hampir 70 peratus lebih baik daripada generasi terdahulu.

Besar kemungkinan ASUS ROG Phone 5 akan menggunakan pemproses paling maju iaitu Qualcomm Snapdragon 888 bersama-sama sistem operasi Android 11.

Ia juga akan dilengkapi dengan paparan utama 6.78 inci skrin AMOLED dan paparan kedua di belakang.

Mengikut garis masa pelancaran, ASUS ROG 5 mungkin akan diperkenalkan sekitar bulan Mac atau April tahun ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat