Nazim ‘berat mulut’ di lokasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Susahnya jadi pelakon. Aktor, Nazim Othman yang ketika ini ‘meledak’ dengan watak Azlan dalam drama rantaian Takdir Yang Tertulis, mengaku sukar mengubah mood setiap kali berada di set penggambaran.

Tidak hairanlah, demi mendapatkan penghayatan dan enggan tumpuan terganggu, Nazim tidak banyak bercakap ketika berada di lokasi.

“Bagi saya, untuk mencapai kesempurnaan itu jauh daripada jangkauan manusia. Jadi, hanya ketelitian dapat dititikberatkan untuk mendapat hasil yang lebih baik.

“Sebagai manusia dan pelakon, saya ada kekurangan. Saya mengaku tidak mampu menukar ‘mood’ tenang di alam realiti kepada gundah untuk karakter dibawa dalam sekelip mata.

“Saya perlukan masa… Sedar hakikat itu saya tidak banyak bercakap di lokasi. Apatah lagi, kalau saya kena bermain dengan emosi yang sarat.

Nazim mengaku lebih suka berdiam ketika berada di lokasi bagi mengelak tumpuan dan penghayatan terganggu. Foto IG Nazim Othman
Nazim mengaku lebih suka berdiam ketika berada di lokasi bagi mengelak tumpuan dan penghayatan terganggu. Foto IG Nazim Othman

 

“Untuk membawa watak Azlan, dari rumah saya sudah bermain dengan emosi sedih,” katanya kepada BH Online.

Nazim atau nama penuh, Nushrul Alif Othman berkata, dia sanggup mengulang babak dalam penggambaran jika dirasakan tidak sempurna.

“Ada beberapa babak saya minta pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk diulang rakam. Saya yakin dengan cara itu, persembahan akan jadi lebih baik dalam pelbagai aspek.

“Kadangkala dengan mengubah tonasi atau pergerakan, ia dapat menjadikan sesuatu adegan itu ‘sampai’.

“Saya selalu tekankan, pelakon tidak bekerja seorang diri. Ada ketikanya, pelakon lain sudah beri yang terbaik, gandingannya pula terlupa dialog atau kurang ‘memberi’.

“Jadi, ini secara tidak langsung mengganggu ‘mood’ adegan,” katanya.

Nazim mengaku masih belajar untuk menjadi pelakon yang baik.

“Bagi saya, ruang penambahbaikan sentiasa terbuka dan tidak boleh terus selesa,” katanya yang menjadikan Eman Manan sebagai pelakon berdisiplin dan disegani.

Selain Nazim, Takdir Yang Tertulis disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 dibintangi Nad Zainal, Elvina Mohamad, Didie Alias, Iman Suhana, Alvin Chong dan Muaz Fitri.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat