Kena akur arahan ‘shooting’ dalam studio

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat produksi perlu bersyukur dan memanfaatkan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneruskan kerja penggambaran dalam studio atau ‘indoor’, mulai Rabu lalu.

Pengasas Pencil Pictures and Records Sdn Bhd (PPAR), Datuk Ayu Puteh, berkata syarikat produksi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar kelonggaran menyambung kerja penggambaran, tidak ditarik balik.

“Kita kena bersyukur dengan usaha FINAS dan pihak lain termasuk persatuan penerbit filem yang memperjuangkan kebenaran menyambung aktiviti penggambaran.

“Terlalu ramai pekerja industri yang tidak memiliki pendapatan pada PKP 2.0. Sepanjang tempoh ini, penerbit sering ditanya bila penggambaran bermula.

“Mereka juga bertanya, apakah kami sudah berusaha atau tidak (untuk menggesa kerajaan membenarkan sektor penerbitan beroperasi)… Sebab masing-masing terjejas teruk.

Ayu berharap syarikat produksi akur arahan MKN penggambaran disambung dalam studio atau ‘indoor’ asalkan kru dapat bekerja. Foto Arkib NSTP
Ayu berharap syarikat produksi akur arahan MKN penggambaran disambung dalam studio atau ‘indoor’ asalkan kru dapat bekerja. Foto Arkib NSTP

 

“Jadi, apabila kerajaan mengumumkan kelulusan itu, saya berterima kasih kepada FINAS atas apa yang diusahakan untuk kami,” katanya kepada BH Online.

Minggu lalu, penantian syarikat produksi yang mahu kerajaan menimbang rayuan dibenarkan menyambung aktiviti penggambaran berakhir apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain industri kreatif tempatan.

Antara lain, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan kerja pra-produksi penggambaran dan rakaman di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, ‘livestreaming’, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Ayu berkata, drama terbitan syarikatnya, Yang Bakal Mati Ramadan Ini mula menjalani penggambaran, lusa selepas selesai melakukan ujian calitan dan memohon Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

“Buat masa ini, kami melakukan penggambaran di loksai ‘indoor’ seperti diarahkan kerajaan.

“Selepas kebenaran seterusnya diberi, barulah kami melakukan penggambaran di luar studio,” katanya.

Ayu berkata, banyak lokasi ‘indoor’ boleh dijadikan set penggambaran seperti pejabat, rumah dan sebagainya.

“Terpulang kepada kreativiti kita sebenarnya, biarpun lokasi terhad, ia bukanlah masalah besar,” katanya yang turun padang memastikan SOP dipatuhi kru produksinya.

Berita Harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat