Lawatan ke Arab Saudi runding kuota haji – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tampil memperjelas kritikan berhubung kunjungan rasminya ke Arab Saudi dan Brunei baru-baru ini.

Kata beliau, lawatannya atas jemputan Kerajaan Diraja Arab Saudi dan Baginda Sultan Brunei. Ini juga telah saya jelaskan dalam wawancara dengan BH- lawatan rasmi hanya apabila ada jemputan.

“Untuk lawatan ke Arab Saudi amat penting, yang jemput saya ialah kerajaan diraja Arab Saudi, iaitu pihak yang menentukan kuota haji termasuklah untuk negara kita.

“Jika kita bersungguh-sungguhmahukan kuota haji, penting untuk saya penuhi jemputan ini dan mulakan rundingan awal,” katanya.

Selain itu Hishammuddin turut memberitahu, negara kita juga sedang berusaha meningkatkan eksport minyak sawit ke rantau baru seperti Timur Tengah.

“Untuk Brunei pula, mereka Pengerusi ASEAN tahun ini. Apabila Sultan Brunei sendiri bertitah agar saya hadir menghadap beliau, ia satu penghormatan kepada negara kita dan menunjukkan Malaysia amat penting bagi ASEAN.

“Tidak bagus untuk hubungan diplomatik Malaysia Brunei jika saya tolak jemputan ini,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, ramai ketua kerajaan dan menteri luar negara lain, rakan-rakan sejawat beliau telah mulakan lawatan rasmi semasa musim pandemik ini.

“Malaysia tidak boleh ketinggalan yang penting SOP ketat tetap akan saya patuhi,” ujarnya.

“Tentang kuarantin tiga hari itu bukan automatik. Saya sendiri diarah oleh KKM untuk jalani kuarantin tujuh hari selepas pulang dari Arab Saudi.

“Mohon semua doakan urusan ini demi kepentingan negara dipermudahkan,” kata Hishammuddin.

Beliau memberi respons berkenaan selepas pengguna Facebook, Carlos Oliveira meninggalkan komen “untunglah boleh makan angin sana sini kat oversea, balik pun kuarantin tiga hari saja. Maklumlah negara lain tak ada internet, takleh buat online meeting”. – SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat