Anggota Polis Maut Dilanggar Kereta Dipandu Lelaki Disyaki Mabuk

KLUANG, 13 Feb — Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol  di Kilometer 6 Jalan Kluang – Teck Wah Hing, di sini, lewat malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata Lans Koperal Bradford Bernard, 28,  terlibat dalam kemalangan itu  selepas tamat bertugas  di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan  pada pukul 10.25 malam menyatakan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dari arah Kluang dan sebuah motosikal dari arah Simpang Renggam.

Abdul Razak berkata pemandu kereta terbabit hilang kawalan ke atas kereta dipandunya dan bertembung dengan motosikal  Bradford, mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas selesai tugasan di Penjara Simpang Renggam.

“Mangsa yang sudah berkahwin meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

Suspek yang berusia 58 tahun kini ditahan dan hasil saringan ujian nafas EBA II didapati positif alkohol serta melebihi had yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan mendapati pemandu kereta terbabit mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kini direman selama empat hari untuk siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan penjara maksimum 15 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi 10 tahun jika sabit kesalahan – Bernama

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Lesen Peniaga, Penjaja Dan Bayaran Separuh Sewaan Premis Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi,...

Empat Sindiket Tipu Skim Pelaburan Berjaya Ditumpaskan – Polis

KUALA LUMPUR - Empat sindiket penipuan skim pelaburan ditumpaskan dengan 21 individu termasuk tiga wanita ditahan menerusi beberapa siri operasi di lima negeri, sejak...

Petugas kesihatan dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran – KKM

KUALA LUMPUR – Petugas kesihatan dilarang membuat sebarang pernyataan awam tanpa mendapat kebenaran, selaras dengan prinsip perkhidmatan dan peraturan berkaitan tatatertib. Arahan itu dimaklumkan Ketua...