MAIS tegas menolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT

Oleh Zihan Zari

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memandang serius laporan media berkaitan penganjuran program yang melibatkan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan usaha mempromosikan gaya hidup seperti ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengerusinya, Senator Dato’ Setia Hj. Salehuddin Saidin berkata sebagai badan bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Selangor, MAIS menentang keras sebarang bentuk aktiviti mana-mana pihak yang bertujuan mempromosi, menyokong, dan menormalisasikan gaya hidup songsang seperti LGBT.

“MAIS mengingatkan orang Islam agar tidak menyertai, mempromosi, menyokong atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang boleh dikaitkan dengan normalisasi gaya hidup songsang dan LGBT.

“Ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malah ia turut bercanggah dengan undang-undang, nilai budaya timur dan norma masyarakat di Malaysia, ”katanya dalam kenyataan.

“MAIS menyeru masyarakat Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam serta tidak mudah terpengaruh dengan agenda normalisasi LGBT yang boleh meruntuhkan moral dan akhlak masyarakat Islam.

“MAIS menasihatkan mereka yang telah terjebak dengan gaya hidup songsang ini untuk kembali kepada fitrah dengan mengikuti program pemulihan yang dijalankan oleh MAIS, pihak berkuasa agama lain atau pihak
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan pemulihan yang berkaitan.

“MAIS menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan untuk memastikan aktiviti normalisasi dan penyebaran pengaruh hidup songsang dan LGBT ini yang merosakkan masyarakat ini dapat disekat dan dicegah,”katanya lagi.

Ujarnya, MAIS akan bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan agensi kerajaan lain untuk memperkukuh pendidikan akhlak, penyebaran dakwah dan nilai Islam serta memperkemas program pemulihan kepada masyarakat Islam sebagai suatu usaha untuk memastikan budaya songsang ini tidak lagi diamalkan di negeri ini. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat