Umno Wilayah Persekutuan tolak usul tambahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menolak usul tambahan yang dibawa oleh UMNO Negeri Sembilan semalam, agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan.

Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique yang juga Perwakilan Wilayah Persekutuan menegaskan, pengundi luar menilai parti ini dari perspektif negatif sekiranya langkah seperti ini diteruskan.

“Sekiranya jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan, saya bimbang pengundi di luar parti akan menilai parti kita dari perspektif yang negatif.

“Sama-sama lah kita fikirkan,” seru beliau dalam ucapan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Sabtu.

“Pelbagai pandangan dan pendapat dilontarkan oleh ahli-ahli parti. Isu ini jika tidak diberikan perhatian yang serius mungkin akan memberi kesan bukan sahaja kepada parti malah kepada 60 peratus pengundi Melayu di luar sana yang sedang memerhati gelagat kita.

“Umno pada dasarnya adalah sebuah parti politik yang bersifat rasional dan terbuka,” tegas beliau.

Zainal Abidin juga menyebut, masih belum terlambat untuk beri nafas baru dan segar kepada parti kita ini.

“Mungkin kita semua termasuk saya sendiri telah membuat banyak kesilapan sebelum ini tetapi takkan lah kita nak membiarkan kesilapan itu berterusan jika kita sedar dan tahu akibatnya?

“Perjalanan Umno masih jauh dan penuh berliku di hadapan. Saya yakin demi parti kita di bawah sedia berubah.

“Kami cuma mengharapkan agar pimpinan di atas juga mempunyai iltizam dan niat yang sama untuk memartabatkan semula parti. Apa yang dituturkan harus lah seiring dengan apa yang dilakukan.

Zainal mengakhiri ucapannya dengan menyatakan secara tegas mengenai penolakan usul tambahan tersebut.

“Tan Sri Pengerusi Tetap, Umno Wilayah mohon menyokong, kecuali Usul Tambahan, Usul No 8 yang dibuat secara mengejut semalam, iaitu… Usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.” – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat