TPM Ucap Takziah Pemergian Ramesh Rao

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa sedihnya di atas berita pemergian Ramesh Rao dan berharap keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, mendiang banyak meninggalkan jasa dan sumbangan kepada masyarakat sepanjang perkhidmatannya.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao a/l Krishna Naidu, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 14 Januari 2023.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi.

“Saya amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa beliau berkhidmat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao meninggal dunia awal pagi tadi.

Dilaporkan mendiang mengalami serangan jantung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan penyakit yang dihidapi.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu sebelum ini dilantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi diberi tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

Credit FOTO: Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat