Usul tambahan tiada pertandingan adalah haram – UMNO Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhubungan UMNO Negeri Johor memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)2022 bahawa usul tambahan mengenai tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah tidak mematuhi peraturan persidangan dan tidak boleh diundi dalam persidangan kali ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Kota Iskandar, Pandak Ahmad, yang mewakili UMNO Johor, usul yang dibawa oleh UMNO Negeri Sembilan semalam tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan di dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini kerana melanggar Fasal 30, Buku Perlembagaan UMNO dan Perkara 10, Peraturan Persidangan.

“Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi Tetap, tentang usul yang dibawa Jurucakap Perwakilan Negeri Sembilan semalam, agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Saya pun pelik, macam mana usul tambahan ini boleh diterima dan dibahaskan. Mungkin UMNO sekarang dah jadi parti asal boleh agaknya,” ucap Pandak Ahmad pagi ini.

Pandak juga turut meyelar langkah UMNO Negeri Sembilan mengadakan usul tambahan yang disifatnya bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Seingat saya, YAB Presiden telah berjabat tangan, ready to fight kepada KJ. Seingat saya, YAB Presiden pun berjiwa besar. Seingat saya, YAB Presiden tidak ada masalah untuk bertanding dan yakin untuk mempertahankan jawatan. Begitu juga Timbalan Presiden.”

Wakil UMNO Johor itu turut menyelar saranan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi atas alasan untuk kestabilan parti.

“UMNO Johor ingin bertanya, sampai bila kita ingin menunggang ‘perpaduan parti’ atau ‘kestabilan parti’. Jika betul UMNO mahu perpaduan dan kestabilan, kenapa hanya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja yang tidak dipertandingkan? Kenapa bukan semua jawatan-jawatan parti di Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan juga tidak dipertandingkan? Barulah perpaduan dan kestabilan parti terjaga! Bawalah usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan-jawatan parti di Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan. Tak perlu kelulusan dan persetujuan Majlis Kerja Tertinggi dan due process yang sepatutnya!”

Nota

FASAL 30 MEMINDA PERLEMBAGAAN (BUKU PERLEMBAGAAN UMNO)

30.1 Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan menurut Akta Pertubuhan, 1966.

30.2 Cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis Kerja Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-Ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha Agung, empat belas (14) hari sebelum Perhimpunan Agung diadakan. Bahagian-bahagian boleh mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat mengikut Fasal 8.5.3.

PERKARA 10 PEMBERITAHU USUL (BUKU PERATURAN PERSIDANGAN)

10.1 Kecuali sebagaimana yang diisyaratkan dalam Peraturan Persidangan apa-apa usul hendaklah disampaikan pemberitahu itu tidak kurang daripada empat belas (14) hari terlebih dahulu tetapi jika usul itu atas nama Majlis Tertinggi maka memadailah dengan dikeluarkan pemberitahu tujuh (7) hari sahaja terlebih dahulu, dan pula jika Pengerusi puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Ahli Majlis Tertinggi iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu pada hari persidangan itu.

10.2 Jika pada fikiran pengerusi, sesuatu pemberitahu yang diterima oleh Setiausaha itu melanggar apa-apa syarat Peraturan Persidangan ini Pengerusi bolehlah memerintah memerintah pemberitahu itu dipindah atau ditolak.

10.3 Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam usul atau pindaan-pindaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha dengan bertulis

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat