Trump Didakwa Kali Kedua, Pertama Dalam Sejarah Presiden AS

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Pengurus pendakwaan mula melakar strategi pertuduhan yang akan dikenakan terhadap Presiden Trump di Senat.

Pengurus pendakwaan ini dilantik setelah Speaker Nancy Pelosi menandatangani dokumen pendakwaan terhadap Presiden Trump buat kali kedua selepas undian oleh Dewan Perwakilan.

Keputusan itu menjadikan Donald Trump menjadi satu-satunya presiden dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang berdepan pendakwaan sebanyak dua kali.

Kali kedua beliau didakwa kerana menghasut untuk mencetuskan rusuhan maut di Capitol pada Rabu lepas.

Beberapa pengurus memaklumkan kepada CNN bahawa keputusan berhubung perkara itu masih tertangguh terutamanya sama ada untuk memanggil saksi dan cubaan mendapatkan sapina yang mana prosesnya boleh mengambil masa yang lama.

Dalam pada itu juga, mereka perlu berhati-hati agar tidak mengganggu hari pertama lantikan Joe Biden sebagai Presiden AS yang seterusnya.

Sebelum itu, Presiden Trump dalam video terbaharu menyeru rakyat Amerika Syarikat agar bertenang ketika desas-desus ancaman baharu timbul susulan dakwaan kedua terhadapnya.

Beliau turut mengecam tindakan ganas perusuh di bangunan Capitol minggu lalu dan menyifatkan mereka sebagai bukan penyokongnya yang sebenar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat