Teruja dalam pasrah

- Advertisement -

PENGACARA Akhmal Nazri, 29, pasrah sekiranya majlis resepsi perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung April ini terpaksa ditunda susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri ketika ini.

Akhmal berkata, walaupun majlis resepsi adalah perkara yang diimpikan setiap pasangan yang baru bernikah, namun dia reda dengan keadaan situasi negara yang kini berperang dengan penularan Covid-19.

Katanya, sekiranya PKP terus berlanjutan sehingga tarikh resepsi yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, tiada apa yang mampu dia lakukan.

“Perasaan yang bermula dengan rasa teruja kini berubah menjadi pasrah seandainya majlis itu terpaksa dilanjutkan ke tarikh lain. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya. Sekarang ini kita semua sedang berdepan dengan wabak yang begitu dahsyat.

“Apapun saya hanya mengharapkan semoga segala urusan dipermudahkan supaya kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam keadaan sekarang kita perlu bersatu untuk memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Menurut Akhmal, dia enggan melayan perasaan dengan apa yang berlaku walaupun persiapan perkahwinan perlu dibuat beberapa bulan sebelum majlis.

“Kalau diikutkan majlis pernikahan saya yang berlangsung pada 31 Disember lalu sudah tiga kali ditunda. Asalnya nak adakan pada bulan Ogos, kemudian November sehinggalah dibawa ke Disember. Namun, saya harap majlis resepsi kali ini tiada apa yang menghalang sebab perancangannya bukan ambil masa yang sekejap,” katanya.

Terdahulu, Akhmal yang dikenali menerusi sitkom Oh! My English melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Lyssa Jean, 28, pada 31 Disember lalu.

 

REDA jika majlis resepsi perkahwinan yang sepatutnya berlangsung April ini terpaksa ditunda.
REDA jika majlis resepsi perkahwinan yang sepatutnya berlangsung April ini terpaksa ditunda.

 

Pasangan itu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang sebelum mengadakan upacara menyarung cincin di SkyGlass, Cyberjaya tanpa ahli keluarga dan tetamu.

Baru pulang dari Langkawi yang menjadi destinasi bulan madu, Akhmal tidak mempunyai perancangan untuk memiliki zuriat dalam waktu terdekat.

“Soal anak saya serahkan kepada rezeki. Kalau boleh saya nak enam orang anak tetapi semunya kami serahkan kepada ketentuan takdir. Kerjaya seni saya selepas ini juga berjalan seperti biasa. Cuma ketika ini tergendala sekejap sebab PKP. Apapun saya mengharapkan agar perkahwinan ini bahagia sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat