Artis remaja syok sendiri

Bank Tukar Permohoman Moratorium Kepada Pemanjangan Pinjaman Sehingga 18 Tahun, Rugikan Pengguna

CYBERJAYA -- Peminjam pinjaman kereta kecewa apabila permohonan moratorium telah ditawarkan pemanjangan pinjaman. Ada yang dijadual semula pinjaman sehingga 216 bulan (18 tahun) berbanding...

Keputusan Berkaitan PKP Akan Dibuat Selepas Penilaian KKM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Feb hanya akan dibuat setelah penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata...

Orang Melayu Tak Daftar Jadi Pengundi Kerana Dirasuk Syaitan Penjajah – Abdul Hadi

PETALING JAYA - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kaum Melayu hari ini masih “dirasuk syaitan warisan penjajah” sehingga “paling lemah” mendaftar sebagai pengundi,...

Naik Kain Rentang Itu Kerja Orang Luar, Baling Batu Sembunyi Tangan – Shabery

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk...

Kesan Pandemik Covid-19 Dibincang Dalam Mesyuarat MKB Hari Ini – PM

KUALA LUMPUR - Kesan besar pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan perniagaan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri...

PENGARAH Osman Ali mengakui buntu mencari pelakon remaja yang benar-benar serius menjadi pelakon yang bagus dan bukan sekadar teruja mengejar jumlah pengikut.

Osman berkata, industri hiburan tempatan masih kekurangan pelakon remaja berbakat dan lebih menyedihkan, segelintir pelakon yang ada pakej rupa lebih seronok mengejar populariti dan bukannya kualiti.

“Kalau kita tonton drama atau filem dari Thailand, Indonesia, Korea Selatan, Jepun dan Hollywood, kita nampak ada ramai pelakon remaja yang berbakat dan popular memenuhi filem-filem remaja dan mereka benar-benar masih di usia remaja.

“Di Malaysia kita amat kurang pelakon remaja yang popular dan benar-benar berbakat besar. Kita ada pelakon remaja berbakat tapi hanya beberapa orang saja kalau disebut.

“Yang lain ada pakej rupa tapi tidak begitu serius mendalami ilmu lakonan sebaliknya mereka lebih seronok mempopularkan diri di laman sosial dan cuba meraih seberapa banyak pengikut. Dengan cara itu mereka fikir dapat buka peluang untuk diambil menjadi pelakon,” katanya.

Kini dalam persiapan untuk melakukan penggambaran sebuah drama bersiri remaja, Osman mengakui alami kesukaran mencari calon pelakon tepat yang menepati kriteria dikehendaki.

“Buat masa sekarang sedang dalam persiapan untuk pengambaran sebuah drama bersiri remaja. Apabila mencari pelakon yang terbaik untuk watak-watak utama berkenaan, seolah-olah terbuntu seketika. Kalau ada pelakon muda remaja pun ramai yang sudah berlakon dengan imej dewasa, watak suami isteri untuk memenuhi tuntutan drama cinta semasa,” kata pengarah filem Ombak Rindu itu.

Terdahulu, Osman berkongsi pandangannya itu menerusi Instagram dan meminta cadangan daripada pengikutnya siapakah pelakon remaja yang benar-benar bagus ada dalam industri sekarang.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...