OCBC tawar penangguhan, penstrukturan kepada pelanggan terjejas banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Bhd (OCBC Bank) dan OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin) menawarkan penangguhan pinjaman/pembiayaan dan bantuan penstrukturan semula kepada pelanggan yang terjejas banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor.

Menurut bank itu, mereka terdiri daripada pelanggan korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan individu.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Datuk Ong Eng Bin berkata pelanggan perbankan peribadi dan PKS yang layak boleh mendapatkan bantuan sokongan menerusi penangguhan ansuran selama tiga bulan atau pengurangan ansuran untuk tempoh 12 bulan.

“Bank ini komited untuk membantu pelanggan khususnya mereka yang telah terjejas akibat dua keadaan iaitu pandemik dan kini, disebabkan banjir.

“Apabila banjir melanda, kami menyumbang RM100,000 kepada Mercy Malaysia untuk program bantuan banjir mereka melibatkan semua yang terkesan. Namun, kami turut melihat keperluan memberikan bantuan secara lebih khusus kepada pelanggan kami yang turut terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ong berkata walaupun pihaknya telah menghubungi sebahagian pelanggan, ia turut menyarankan mereka yang memerlukan bantuan untuk segera menghubungi bank itu.

Pelanggan perbankan peribadi boleh membuat permohonan dengan menghubungi talian hotline OCBC di talian 03-8317 5011 pada waktu pejabat atau emel kepada [email protected] mulai 18 Jan 2021, manakala pelanggan PKS diminta melayari www.ocbc.com.my/sme/floodrelief mulai 20 Jan 2021 dan selepas itu.

Bank akan menghubungi semua pelanggan untuk tindakan susulan mengenai permohonan itu.

Pelanggan korporat pula boleh menghubungi pengurus perhubungan masing-masing.

-BERNAMA

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat