Jangan Sertai Jawatankuasa Bebas Darurat Kata Mahfuz Omar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) agar tidak menyertai sebarang Jawatankuasa bebas darurat yang yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinetnya.

Menurutnya lagi, tiada keperluan bagi Ahli-Ahli Parlimen PH untuk menyertai Jawatankuasa tersebut kerana kerajaan sudah hilang bilangan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PM dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang merampas mandat rakyat,

“Dan kini diwaktu keputusan untuk darurat dibuat oleh Jemaah Menteri kerajaan PN sudah hilang majoriti hanya 110 sahaja.

“Dan sehari kemudian bilangan menurun pada 109,” kata Mahfuz melalui kenyataan medianya.

Ujarnya lagi, Perdana Menteri dan kerajaan yang ada hari ini pada moralnya tidak wujud dan tidak layak membuat keputusan dan mempersembahkan pada Yang di-Pertuan Agong.

“Jika MP Pembangkang sertai bermakna memperakui keabsahan PM dan PN.” tegasnya.

Terdahulu, semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan.

“Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu hari ini, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya menyerahkan nama tiga calon daripada blok pembangkang untuk menubuhkan jawatankuasa bebas. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat