Bantulah rakyat harungi PKP 2.0 – Salleh Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said menggesa kerajaan membantu rakyat mengharungi kesukaran hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula semalam.

Menurut Salleh PKP, ini akan mengakibatkan sangat ramai golongan berhadapan kesempitan hidup terutama kalangan mereka yang bekerja sendiri, peniaga kecil, pekerja gaji harian, dan pekerja dalam gig ekonomi, seperti pemandu e-hailing.

“Adalah penting bantuan berterusan kepada mereka yang lebih-lebih lagi yang tidak berada dalam jaringan perlindungan sosial seperti sumbangan Perkeso.

“Dalam keadaan barisan hadapan hampir lumpuh kerana tidak dapat menampung kes yang tinggi, maka wajib untuk kita sama-sama patuh pada arahan kerajaan iaitu duduk di rumah lebih-lebih lagi yang berada di kawasan zon merah.

“Bagaimanapun, bantuan dan insentif haruslah diberikan secara berterusan memandangkan PKP ini saya jangka akan berlanjutan sekiranya kes masih belum menurun.”

Salleh turut memetik kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNFPA yang dibuat tahun lalu, iaitu lebih 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Kadar pengangguran berada di paras 5.3 peratus tahun lalu.

“Para peniaga dan penjaja misalnya masih belum pulih sepenuhnya selepas PKP dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Meskipun diberi kelonggaran selepas itu mereka baharu bernafas untuk memulihkan perniagaan masing-masing.

“Laporan media beberapa hari lalu turut mengatakan kebimbangan persatuan peniaga yang menjangkakan perniagaan mereka akan gulung tikar dan amat memerlukan bantuan dan insentif untuk terus bertahan dalam industri.

“Selain itu insentif dan pakej kewangan yang berpusatkan kepada pekerja wajar juga dilaksanakan agar mereka dapat mengambil lebih ramai pekerja terutamanya siswazah yang baru menamatkan pengajian,”katanya.

Hal demikian Salleh menyeru supaya kita sama-sama memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada usaha-usaha membendung wabak Covid-19 dari terus merebak.

“Covid-19, virus ini adalah musuh jelas dan nyata harus kita cegah dan hindari. Semoga ekonomi negara akan pulih dan berkembang demi kemaslahatan sejagat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat