Isu UEC: Anwar Tegaskan Pendidikan Perlu Diurus Secara Adil

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan Kerajaan terhadap isu pendidikan, termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), tidak bersifat zero sum game, sebaliknya berteraskan keadilan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk.

Dalam hantaran di laman Facebooknya selepas menghadiri Jamuan Teh Krismas bersama komuniti setempat di Petaling Jaya, Anwar menjelaskan bahawa Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional, namun pada masa sama negara tidak boleh menafikan kepentingan menguasai bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris, pendidikan Cina dan UEC.

Menurut beliau, ruang kepada aliran pendidikan berbeza perlu diurus secara bertanggungjawab tanpa mencetuskan kegelisahan atau salah faham dalam kalangan rakyat.

“Pendekatan Kerajaan bukan bersifat zero sum game. Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional, di samping keperluan menguasai bahasa Inggeris, serta memberi ruang kepada bahasa lain termasuk pendidikan Cina dan UEC atau bahasa Arab,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa pengurusan isu UEC perlu dilakukan dalam semangat keadilan dan ihsan, tanpa membiarkan sentimen kebencian atau pelampau berakar dalam masyarakat.

Beliau turut mengaitkan isu pendidikan dengan keperluan memperkukuh nilai moral dan integriti dalam kepimpinan serta kehidupan bermasyarakat, sambil mengingatkan bahawa perbezaan harus diurus secara adil dan berlandaskan prinsip kemanusiaan.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia hanya akan mampu melangkah jauh sekiranya semua pihak berani mengurus kepelbagaian dengan matang dan bertanggungjawab, selaras dengan semangat MADANI yang menjadi asas pentadbiran kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat