Impian Kit Siang lihat PM bukan Melayu tidak akan termakbul – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berikrar selagi bernyawa tidak akan membiarkan impian Tan Sri LimKit Siang untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri tidak akan terlaksana.

Exco Negeri Melaka itu malah menegaskan, impian Veteran DAP itu akan kekal sebagai impian.

“Kami akan memastikan impian uncle Lim Kit Siang hanyalah sekadar impian dan tidak akan benarkan ia dilaksanakan selagi kami bernyawa.

“Sila nyatakan impian tersebut kepada polis hari ini,” ujar Dr Akmal.

Hari ini, ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang memberi keterangan kepada polis berkaitan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh berkenaan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Peguam Kit Siang, Khairil Khalid berkata, pihak polis mengajukan 27 soalan yang mana dikatakan ahli politik veteran itu memberi kerjasama baik dan menjawab semua soalan yang diberi.

Katanya, setakat ini tiada siasatan susulan namun akan dimaklumkan oleh pihak polis sekiranya ada keperluan.

Sementara itu, Kit Siang berkata, hantaran yang dimuat naik itu adalah ucapannya kepada pelajar Malaysia di United Kingdom ketika lawatannya ke negara itu.

Katanya, ucapannya ketika itu sekadar menjelaskan bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, mana-mana individu layak menjadi perdana menteri tanpa mengira kaum.

“Hantaran di blog dan Facebook merupakan ucapan saya ketika lawatan ke England dan Scotland di mana saya menerangkan di bawah Perlembagaan Persekutuan mana-mana rakyat Malaysia layak menjadi perdana menteri.

“Walaupun bukan Melayu layak menjadi perdana menteri, saya katakan yang ia tak akan berlaku dalam tempoh 100 tahun.

“Namun saya juga menjelaskan harapan saya agar kita tidak jadi seperti Amerika Syarikat (AS) yang melihat Barrack Obama dilantik sebagai presiden hanya selepas 230 tahun,” katanya.

Sebelum itu, Kit Siang dalam satu kenyataan mengesahkan akan memberi keterangan kepada PDRM berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di Manchester, United Kingdom 29 November lalu.

Katanya, kenyataan itu berkaitan Impian Malaysia yang dibuat ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia di sana.

Dalam satu kenyataan di media sosialnya, Kit Siang mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat