Rasa Teraniaya, Bekas KPPA Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Selepas ditamatkan perkhidmatan, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang ekoran penamatan perkhidmatannya.

Ia susulan pengumuman penamatan perkhidmatannya oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini.

Mohd Shafiq berkata beliau berasa “terkilan” dan “tidak berpuas hati” dengan keputusan tersebut.

“…Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan lapor FMT.

Awal hari ini, Zuki mengumumkan menerusi kenyataan media bahawa perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA ditamatkan, berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980, yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat