KSU Kementerian Komunikasi Jadi KPPA Baru?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mantek difahamkan antara nama yang akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Ia selepas jawatan tersebut dikosongkan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah selepas beliau diminta menamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa semalam.

Penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq dibuat dipercayai demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Akta Pencen 1980.

Mohammad sebelum ini pernah menjadi Ketua Setiausaha di beberapa kementerian lain antaranya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac).

Mohammad, 56, merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Ijazah Sarjana Sains Statistik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun sejak mula menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Oktober 1992.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat