Nomad kecewa putus cinta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nomad yang menghilang sejak lima tahun lalu, tiba-tiba mencuri perhatian apabila bersaing dalam musim ketujuh Gegar Vaganca (GV7), yang makin menghampiri pentas akhir.

Akui anak kelahiran Terengganu ini, penyertaannya dalam program berkenaan dianggap suatu permulaan baharu.

“Menjadi penyanyi pada usia muda membuatkan saya rasa tidak bersedia.

Malah, ketika itu, saya agak terumbang-ambing kerana kurang ilmu di dada,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi punca ‘kehilangannya’ dari radar seni, Nomad berkata,

“Secara jujur, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian apabila tidak aktif dalam tempoh lima tahun lalu.

“Sebenarnya, sepanjang tempoh itu, saya mengambil masa untuk mempersiapkan diri terutama daripada segi mental.

“Secara kebetulan, saya berhasrat untuk kembali menyanyi. Apabila ada tawaran GV7, saya yakin ini boleh menjadi platform yang sesuai untuk saya kembali menyerlah,” katanya yang pernah popular dengan lagu, Tetap Menantimu.

 

Nomad tidak kisah bermula dari bawah selepas lima tahun menghilangkan diri. - Foto IG Nomad
Nomad tidak kisah bermula dari bawah selepas lima tahun menghilangkan diri. – Foto IG Nomad

 

Tidak melihat keputusan menyepikan diri sebagai kesilapan, Nomad atau nama sebenar, Nur Mohd Alieff Ayub, 32, percaya tidak terlambat untuknya mengatur langkah kedua.

“Saya tidak kisah untuk bermula dari bawah. Apabila ada orang kata jika saya teruskan karier sejak lima tahun lalu, pasti saya sudah berada dalam keadaan selesa.

“Namun, saya tidak pernah ambil perkara itu sebagai faktor untuk menyesal. Saya percaya dengan rezeki.

“Soalnya, saya kembali ke dunia nyanyian bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Bidang ini luas dan semua orang ada peluang,” katanya.

Sepanjang lima tahun tidak aktif dalam bidang nyanyian, Nomad memberi perhatian kepada perniagaan keluarga.

“Tetapi, apabila mahu meletakkan yang mana lebih utama sekarang, sama ada perniagaan atau nyanyian, saya yakin dengan kemahuan untuk terus menyanyi.

“Bagaimanapun, tiada apa yang boleh saya janjikan. Sebagai penyanyi, kepuasan datang daripada mereka yang menghargai karya seni kita.

“Jadi, dengan adanya sokongan, pasti saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik,” katanya.

Nomad merancang menghasilkan single baharu berjudul Tanda Setia, tidak lama lagi. Ketika ini, dia menjalani penggambaran untuk video muzik single berkenaan.

“Single terbaru ini adalah ciptaan saya sepenuhnya. Ia berkisar cinta monyet seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya. Kiranya, lagu sedih dalam rentak balada.

“Sebenarnya, Tanda Setia diilhamkan daripada pengalaman saya yang pernah kecundang akibat cinta tak kesampaian,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat