Kapitalis kroni undang bahaya, banyak prosedur boleh dilanggar – Hassan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kewujudan kapitalis kroni bakal mengundang bahaya pada masa depan kerana banyak prosedur boleh dilanggar.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengingatkan tindakan kerajaan menormalisasikan budaya kapitalis kroni ibarat pepatah “power corrupts; absolute power corrupts absolutely” yakni apabila kuasa seseorang meningkat, nilai moral mereka berkurang.

“Saya pun berhati-hati bukannya melulu begitu saja, saya berada di moment of truth… sama ada nak suarakan atau simpan saja,
pilihan pada saya, tak ada siapa orang yang suruh tapi saya melihat saya sudah berusia dan maknanya kena ambil risiko dan saya beritahu.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlepas cakap tanggunglah. Saya ambil risiko, mungkin berada seperti telur di hujung tanduk, mungkin satu garis telah dilanggar tapi saya bersikap terbuka.

“Saya percaya sekurang-kurang parti saya PKR ini parti reform, demokratik, meneliti dan apa pun consequence, berani buat berani tanggung.

“Mungkin saya terjolok sarang tebuan, tapi ini tak positif ke arah mewujudkan kroni kapitalisme ini.

“Kalau disusur galur (perjuangan PKR) lawan kroni, nepotisme…jadi bahaya ini kapitalis kroni akan nanti banyak prosedur boleh dilanggar.

“Jadi sebelum terlanjur jauh sangat, kena fikir-fikirlah,” kata Hassan memperingatkan asas perjuangan dan pembentukan PKR.

Menurut beliau lagi, jika bercakap tentang rasuah telus, kalau bertindak wajar bertindak kepada semua jangan ada selektif.

Jika ini diamalkan maka rakyat akan memberi sokongan, katanya.

“Tetapi kalau kita berubah-ubah tentang pendirian kita dalam memerangi rasuah, elak pembinaan kapitalis-kapitalis kroni ini.

“Jangan ulang kesalahan, wujudkan kapitalis okey, kapitalis yang betul-betul kompeten dalam usahawan itu okey. Jangan kerana kroni, kerana tender ke apa.

“Kalau usahakan ini dalam track yang betul walaupun kapitalis tapi janganlah kapitalis yang tak ada wajah manusia tapi yang bersikap boleh mewujudkan kebajikan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat