Fokus menangkan BN, ketepi dulu pertelagahan sesama sendiri – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA BERA – Tonjolkan solidariti dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) bukannya bertikam lidah sesama sendiri kerana rakyat akan membuat pelbagai spekulasi sekiranya pimpinan parti dilihat tidak sehaluan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati pimpinan parti yang juga calon PRU15 supaya mengenepikan terlebih dahulu pertelegahan sesama sendiri sebaliknya menumpukan fokus untuk menjadikan BN parti yang dominan.

“Saya harap semua tak kira siapa lah tak kira siapa dalam Umno, tumpuan kita adalah untuk memenangi pilihan raya.

“Jadi saya harap kita memberi fokus kepada kawasan yang kita bertanding untuk memastikan setiap orang daripada calon BN yang bertanding dapat menyumbangkan kerusi kepada BN untuk membentuk kerajaan.

“Maka saya harap perkara-perkara lain kita ketepikanlah dulu… yang pentingnya solidariti di dalam Umno dan juga BN mesti ditonjolkan kerana rakyat sedang melihat dan rakyat akan membuat pelbagai spekulasi kalau kita dilihat tidak bersama-sama di dalam menghadapi pilihan raya,” tegas Perdana Menteri ketika Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Batu Papan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata demikian mengulas tindakan saling balas kenyataan antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau malah mengingatkan semua calon BN secara umum untuk menjaga nama baik parti demi meningkatkan keyakinan rakyat.

“Jadi apa pun yang kita buat yang pentingnya adalah jaga nama baik parti, tingkatkan keyakinan rakyat kepada parti kita.

“Kita mesti bersatu untuk kita menang sekali gus untuk jadi parti yang dominan kerana itulah cita-cita kita dan sasaran kita,” tegas Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat