PM jangka gangguan LRT pulih lebih awal

- Advertisement -

KUALA BERA – Gangguan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dijangka pulih lebih awal daripada 15 November 2022 seperti dijangkakan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pasukan teknikal Rapid Rail, dengan bantuan daripada pasukan pengeluar sistem, Thales Group dari Kanada dan Singapura, telah bekerja tanpa henti untuk memulihkan sistem LRT Laluan Kelana Jaya.

“Setakat ini, semua sistem keselamatan adalah stabil mengikut data ujian yang diperoleh dengan menggunakan 38 set tren di laluan Putra Heights ke Gombak sepanjang hari ini.

“Sistem isyarat dan komunikasi sedang diuji lagi malam ini dan dinilai untuk benar-benar memastikan bahawa LRT Laluan Kelana Jaya bersedia untuk beroperasi dengan selamat lebih awal daripada 15 November 2022 seperti yang dijangkakan,” umum Ismail Sabri ketika sidang media selepas program Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Batu Papan pada Ahad.

Beliau menjangkakan gangguan sistem akan pulih lebih awal dan masalah seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang.

“Sebenarnya ini (gangguan LRT) dah berlaku kali kedua sejak saya Perdana Menteri dan yang lebih merungsingkan fikiran saya ialah ia terjadi waktu kita berkempen… itu lebih merungsingkan saya.

“Hal demikian saya dah beri arahan kepada Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Wee Ka Siong) bahawa perkara yang sama tidak boleh berlaku di masa akan datang,” jelasnya.

Namun, Ismail Sabri berkongsi gangguan LRT yang berlaku Selasa, 8 November lalu benar-benar merungsingkan beliau.

“Saya cuma kata merungsingkan saya… kenapa ia berlaku sewaktu kita sedang berkempen dan kita akan siasat.

“Bukan sahaja siasat dari segi punca kerosakan tetapi kita akan siasat secara menyeluruh kerana perkara ini berlaku sewaktu kempen sedang berjalan,” kata Perdana Menteri.

Tambah Ismail Sabri, Kementerian Pengangkutan juga akan mewujudkan jawatankuasa yang akan melihat secara keseluruhan dengan harapan ia tidaka akan berulang lagi.

“Sebab dalam masa beberapa bulan sahaja perkara ini berlaku, saya tak mahu beberapa bulan akan datang berlaku lagi kerana ianya sangat merisaukan orang ramai,” jelas penyandang Parlimen Bera itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat