Aksi memukau NOAH ubati kerinduan peminat, akan datang lagi tahun depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun, kerinduan peminat band popular dari Indonesia, NOAH, akhirnya terubat dengan persembahan bertenaga dan memukau mereka pada konsert ‘NOAH Live in KL’.

NOAH yang dianggotai Nazril Ilham atau lebih dikenali sebagai Ariel selaku vokalis utama, Lukman Hakim (gitar) dan David Albert (keyboard) menghiburkan 2,500 peminat di Zepp KL pada malam Sabtu dengan lagu-lagu hits mereka ketika dikenali sebagai Peterpan antaranya Menghapus Jejakmu, Yang Terdalam, Bintang Di Surga dan Mungkin Nanti.

Meskipun mempunyai masalah suara, namun ia bukan penghalang buat Ariel untuk tetap meneruskan nyanyian dan berinteraksi bersama peminat-peminatnya.

Persembahan selama 90 minit itu bermula apabila Ariel membuka tirai dengan lagu Separuh Aku yang menyebabkan ruang dewan serba moden berkenaan gamat. NOAH kemudian melabuhkan tirai konsert mereka dengan lagu Walau Habis Terang.

Seramai tiga pemuzik profesional turut mengiringi persembahan NOAH pada malam tadi.

Menurut Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, Hamka Mohd Taufik, beliau bersyukur kerana konsert yang ‘sold-out’ pada malam tadi berjalan dengan lancar.

“Syukur kerana segala-galanya telah berjalan dengan lancar, hampir 2,500 pengunjung hadir memenuhi ruang konsert bagi menonton persembahan memukau daripada band rock paling popular negara seberang iaitu NOAH, dan rata-rata pembeli tiket mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang rock kesayangan membuat persembahan secara ‘live’.

“NOAH turut meluahkan rasa terharu mereka kerana ruangan konsert yang ternyata ‘sold-out’, dengan sistem bunyi yang mantap serta penonton yang ‘happening’ menyanyikan bersama lagu-lagu yang dibawakan,” katanya.

Bagi Pengasas YOLO Asia, Ib Harun pula, pengunjung konsert malam tadi bukan sahaja menikmati halwa telinga dengan lagu-lagu NOAH, tetapi mereka turut diberi ‘led wrist-band’ yang bernyala mengikut tempo muzik ketika konsert berlangsung.

“Ini merupakan kali pertama gajet sebegini digunakan di Malaysia dan kesemua pengunjung terhibur dengan perubahan warna ‘wrist-band’ tersebut disamping menambah keseronokan pada atmosfera di dalam dewan konsert.

“Selain itu pembeli juga turut menerima sekeping kad bersaiz Touch ‘n Go dengan paparan band NOAH sebagai kenang-kenangan.

“Terima kasih terhadap kesemua pembeli tiket yang telah menonton ‘NOAH Live in KL’ dan merasai sendiri pengalaman berbeza seperti apa yang telah kami rancangkan. Semoga pengunjung konsert pada masa akan datang terus memberikan kepercayaan penuh terhadap YOLO Malaysia dimana kami menjanjikan aksi-aksi muzikal menakjubkan dan memukau pada setiap konsert,” kata Ib Harun.

Disebabkan sambutan memberangsangkan, YOLO Malaysia telah pun membuat perancangan untuk membawa NOAH sekali lagi pada tahun hadapan di ruangan yang lebih besar demi keselesaaan peminat.

“Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli tiket, YOLO Malaysia sudah pun merencanakan YOLO x NOAH 2023 pada tahun hadapan di ruangan yang lebih besar,” kata Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat