Tak Nak Khalid Ambil Kesempatan, Johari Mahu Fokus Berkempen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, beliau tidak gentar untuk berdebat dengan sesiapa sahaja.

Namun, jelasnya, ketika musim pilihan raya, beliau memilih untuk fokus terhadap isu-isu rakyat setempat berbanding berpolemik seperti yang dilakukan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abd Samad ketika ini.

Malah, beliau turut mempersoalkan kredibiliti Khalid yang ingin berdebat dengannya tentang isu anak muda di Titiwangsa memandangkan bekas menteri Wilayah itu gemar mengambil kesempatan.

“Saya bukan tak nak berdebat. (Sebelum ini) saya boleh duduk dengan Rafizi. Tapi Khalid Samad ni siapa? Dalam keadaan berkempen sekarang, saya tak nak dia ambil kesempatan.

“Dia dah tak ada modal. Sekarang apa modal yang dia ada? Dah tak ada.

“Saya juga dah bercakap dengan pihak penganjur, jika nak tahu, boleh datang berjumpa dengan saya. Tak perlu nak debat. Sekarang ini musim pilihan raya. Nak debat nanti di Parlimen,” katanya kepada Suara.TV selepas mengadakan sesi walkabout di Taman Datuk Keramat pada Jumaat.

Satu program Debat Wilayah anjuran beberapa NGO antaranya Undi18, ARUS Anak Muda dan RakanSiswa yang akan dijadualkan berlangsung pada 13 November, menjemput Johari dan Khalid untuk berdebat tentang isu kelangsungan hidup anak muda dan masa depan mereka yang bertempat di Kelab Sultan Sulaiman.

Menurut kenyataan media Undi18, pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada dua calon tersebut.

Khalid dalam sidang medianya semalam, bersetuju dengan jemputan NGO berkenaan untuk berdebat dengan Johari.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan II itu menegaskan lagi, beliau tidak gentar untuk berdebat tetapi, beliau tidak mahu bekas ahli parlimen Shah Alam itu mengambil kesempatan terhadap isu yang timbul.

“Dia dah ada tiga penggal untuk berdebat dalam parlimen, apa dia buat? Jangan ambil kesempatanlah.

“Kalau nak cakap saya takut debat, saya dah debat dengan Rafizi sebelum ini. Dia seorang pendebat yang bagus, penuh dengan fakta, saya dah berdepan dengan dia.

“Khalid Samad ni siapa? Lebih baik saya berkempen dan berjumpa rakyat dari nak berdebat,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat