Selepas dapat kuasa baru perlihat rupa sebenar – Tun M zahir kebimbangan PRN Sabah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan keraguan terhadap kepimpinan Sabah kerana dakwanya watak sebenar seseorang hanya dapat dinilai apabila memiliki kuasa.

“Dia mungkin kelihatan baik sebelum menjadi wakil rakyat, tetapi sebaik sahaja memperoleh kuasa… kuasa itu merosakkan.

“Apabila seseorang menjadi ketua menteri atau menteri, ketika itulah kita akan melihat rupa sebenar mereka,” katanya memetik Sinar Daily.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyuarakan kebimbangan terhadap perpecahan politik di Sabah yang menurutnya boleh menghalang tadbir urus baik serta menyebabkan calon berkebolehan diketepikan.

“Pilihan raya di Sabah selalunya melibatkan terlalu ramai calon, masing-masing bertanding tanpa matlamat jelas selain untuk menang.

“Sebab itu kita lihat parti di Sabah boleh muncul dan berfungsi tanpa proses yang teratur,” katanya.

Negarawan itu menjelaskan terlalu ramai calon dalam satu kawasan pilihan raya boleh menyebabkan pertembungan pelbagai penjuru dan perpecahan undi, selain memberi amaran supaya pengundi tidak memilih berdasarkan individu, parti atau garis etnik.

“Kita harap pilihan raya akan membawa kepada tadbir urus yang baik, tetapi sebenarnya di Malaysia, politik bukan tentang tadbir urus.

‘”Politik di sini tentang individu, tentang parti dan perkara-perkara seumpamanya,” tegasnya.

Menurut beliau, kita tidak akan mendapat kerajaan yang baik hasil daripada pilihan raya.

Apabila ditanya jika dia percaya tiada calon yang benar-benar baik dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir bersetuju.

Beliau menyuarakan keraguan terhadap kepimpinan Sabah kerana watak sebenar seseorang hanya dapat dinilai apabila dia memiliki kuasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat