YPB urus institusi pelaburan elak kerugian agensi Bumiputera berulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan baru ini adalah mengambil ikhtibar dari pengalaman lampau yang membenarkan keterlanjuran dan kecuaian berlaku hingga akhirnya merugikan agensi Bumiputera.

Perdana Menteri menegaskan, institusi utama negara tidak boleh lari daripada matlamat asal penubuhan.

“Salah tadbir urus lampau juga memaksa kerajaan menanggung kerugian Tabung Haji (RM20 bilion), FELDA (RM10 bilion) dan LTAT (RM2 bilion).

“Dalam berdepan masalah, amatlah tidak wajar institusi utama membuat penyelesaian menjual aset strategik.

“Maka, institusi utama harus punyai pertanggungjawaban mengurus secara hemah dan profesional serta merealisasikan potensi pelaburan jangka panjang demi kepentingan pemegang taruh,” kata beliau.

Anwar merangkap Menteri Kewangan berkata, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan digabungkan di bawah PNB dan diperkukuh melalui suntikan tanah strategik kerajaan khususnya di Kuala Lumpur bagi projek pembangunan perumahan.

“Ekuinas juga akan diletakkan di bawah payung YPB bagi memperkukuh pengembangan perniagaan bumiputera dengan kerjasama PNB dan PUNB.

“Insitutusi Pendidikan di bawah MARA termasuklah UiTM hendaklah menumpukan kepada latihan dan peningkatan kemahiran bakatbakat baharu tempatan Bumiputera dalam bidang berpertumbuhan tinggi seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif,” ujarnya.

Kata Anwar, tahun hadapan, RM1.6 bilion nilai kemudahan pinjaman dan jaminan disediakan khusus untuk usahawan PMKS Bumiputera meningkatkan kapasiti dan daya saing termasuklah penyediaan pembiayaan modal teroka kepada syarikat pemula Bumiputera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat